Jual ayam peliharaan beli telefon - Utusan Malaysia

Jual ayam peliharaan beli telefon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Pandemik Covid-19 yang melanda dunia membuatkan hampir semua aktiviti dilakukan secara dalam talian termasuk sesi pembelajaran sekolah yang memerlukan komputer riba mahupun telefon pintar.  

Namun, terdapat segelintir pelajar kurang berkemampuan yang tidak memiliki peralatan itu, terpaksa mencari jalan lain untuk mendapatkannya.

Lapor Suara.com, seorang remaja lelaki dari Indonesia sanggup menjual ayam peliharaannya semata-mata untuk membeli telefon pintar agar dapat mengikuti kelas pembelajaran secara dalam talian.

Video sayu yang menampilkan remaja bernama Deni ditemani oleh neneknya yang mahu menjual ayam peliharaan mereka, menjadi tular di laman sosial media.

Rakaman video itu dimuat naik oleh salah seorang pengguna TikTok dan kemudian dimuat naik semula di laman Twitter.    

Video pendek itu mengandungi perbualan remaja itu yang memakai baju T berwarna kelabu sambil membawa ayam peliharaannya.

Hasrat remaja itu untuk membeli telefon pintar demi mengikuti kelas pembelajaran secara dalam talian menarik perhatian umum sehingga ramai berasa terharu dengan tindakan berkenaan.

Malah, rata-rata warganet juga menggesa pemilik TikTok tersebut melakukan kutipan derma agar dapat membelikan telefon pintar untuk Deni.

Sementara itu, akaun Twitter @Kitabisacom dalam satu ciapan mengesahkan Deni sudah mendapat telefon pintar baharu hasil daripada kutipan derma dilakukan.

Pemilik akaun itu turut memuat naik sekeping gambar remaja itu sedang memegang telefon pintar baharu berserta status untuk `sekolah online’.     

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya