Jambatan Batam-Bintan terpanjang di Indonesia - Utusan Malaysia

Jambatan Batam-Bintan terpanjang di Indonesia

ILUSTRASI jambatan Batam-Bintan yang bakal menjadi jambatan terpanjang di Indonesia apabila siap dibina kelak. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATAM: Pemangku Gabenor Kepulauan Riau memaklumkan jambatan yang menghubungkan Batam dan Bintan bakal menjadi jambatan paling panjang di Indonesia selepas siap dibina.

Lapor Kompas.com, Bahtiar Baharuddin berkata, konsep pembinaan jambatan tersebut sudah disiapkan dan akan mula dibina pada tahun depan.

“Insya Allah, jambatan Batam-Bintan bakal menjadi jambatan tertinggi dan terpanjang di Indonesia.

“Jambatan itu akan menghubungkan Pulau Batam dengan Pulau Tanjung Sawuh, kemudian disambung ke Pulau Buahbau dan Pulau Bintan,” katanya.

Katanya, struktur jambatan itu dibina lebih tinggi bagi memastikan tidak mengganggu trafik pelayaran kapal.

Jelas Bahtiar, perairan Kepulauan Riau berhampiran dengan kawasan perairan antarabangsa yang melibatkan pergerakan kapal-kapal perdagangan serta ketenteraan.

Ketika ini, Jambatan Suramadu yang menghubungkan Surabaya dengan Pulau Madura menjadi jambatan terpanjang di Indonesia dengan jarak 543 kilometer.

Berbeza dengan Suramadu, jambatan Batam-Bintan akan menghubungkan empat pulau, namun jumlah jaraknya masih belum dikenal pasti.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya