Ili Lewotolok meletus, hambur debu panas 4,000 meter - Utusan Malaysia

Ili Lewotolok meletus, hambur debu panas 4,000 meter

PENDUDUK melihat Gunung Berapi Ili Lewotolok menghamburkan debu panas ke udara di Lembata, Nusa Tenggara Timur, Indonesia. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Gunung Berapi Ili Lewotolok meletus hari ini dengan menghamburkan debu panas setinggi 4,000 meter ke udara, sekali gus menyaksikan lapangan terbang berhampiran ditutup buat sementara waktu.

Sehingga kini, tiada laporan mengenai kecederaan atau kerosakan infrastruktur yang diakibatkan oleh letusan tersebut.

Namun, pihak berkuasa Indonesia meningkatkan tahap amaran gunung berapi tersebut kerana dikhuatiri boleh meletus lagi pada bila-bila masa.

Penduduk sekitar juga dinasihatkan supaya menjauhi kawasan gunung berapi itu bagi mengelak insiden tidak diingini. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya