Hospital terbakar, 10 pesakit Covid-19 maut - Utusan Malaysia

Hospital terbakar, 10 pesakit Covid-19 maut

PASUKAN bomba dikerah ke lokasi kejadian bagi memadam kebakaran yang melibatkan unit rawatan rapi sebuah hospital di timur laut Romania. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUCHAREST: Sebanyak 10 orang terkorban dan 10 lagi cedera dengan tujuh daripasanya parah selepas sebuah hospital yang merawat pesakit Covid-19 terbakar di timur laut Romania.

Memetik laporan portal ABC News,  kebakaran hospital awam di Piatra Neamt itu dipercayai berlaku di wad unit rawatan rapi (ICU) yang merawat pesakit Covid-19 selepas berlaku litar pintas.

Sehubungan itu, pihak Pejabat Pendakwaan Kebangsaan Romania akan menyiasat insiden kebakaran tersebut, termasuk meneliti jika mempunyai unsur jenayah.

Laporan itu juga menyebut hospital tersebut ditadbir dengan teruk, malah sebanyak lapan pengurus dilantik oleh kerajaan untuk menguruskan pusat rawatan terbabit sejak tahun lepas.

Pengurus hospital berkenaan iaitu, Lucian Micu baru sahaja dilantik tiga minggu yang lalu selepas individu sebelumnya meletak jawatan ekoran didakwa menyediakan rawatan yang tidak memuaskan. 

Peletakan jawatan itu juga  disusuli dengan laporan  media yang mendakwa ada pesakit   disyaki menghidap Covid-19  terpaksa menunggu di luar dalam keadaan sejuk untuk berjumpa doktor.

Sementara itu, seorang doktor dan dua jururawat juga turut cedera dalam insiden tersebut dengan ada di antara mereka mengalami luka melecur yang serius.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya