Guru dikecam enggan beri tugasan sekolah - Utusan Malaysia

Guru dikecam enggan beri tugasan sekolah

COURTNEY WHITE enggan beri terlalu banyak kerja sekolah kepada pelajarnya di luar waktu persekolahan. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HOUSTON: Seorang guru dikecam kerana menganggap pemberian tugasan sekolah selepas sesi persekolahan tidak mampu meningkatkan prestasi pelajar.

Lapor Mirror, Courtney White dari Texas enggan memberi tugasan sekolah tambahan kepada pelajarnya di luar waktu persekolahan kerana tiada bukti menunjukkan langkah itu akan menjadikan mereka pelajar yang lebih baik.    

Video kontroversi guru tersebut yang bertajuk `pelajar tidak memerlukan tugasan tambahan di rumah’ menjadi tular selepas dia memuat naik di aplikasi Tik Tok.

Video tersebut turut mencetuskan perdebatan dalam kalangan pelbagai pihak mengenai keperluan tugasan itu selepas persekolahan. 

Jelas White, meskipun menyedari tugasan tambahan itu mampu memastikan pelajar terus mempraktik pelajaran biarpun berada di luar waktu persekolahan namun dia tidak melihat kebaikan sekiranya pelajar terpaksa bersusah payah dan mungkin menipu bagi menyiapkan kerja tersebut.

Ramai pelajar bersetuju dengan pendekatan White kerana ia memberi motivasi kepada mereka untuk menyiapkan kerja di kelas, namun terdapat segelintir guru menganggapnya gagal melaksanakan tugas dengan baik.

Seorang pengikut Tik Tok menyifatkan kerja sekolah adalah punca sebilangan pelajar mendapat gred rendah.

“Mereka mungkin tahu segalanya di kelas tetapi tidak mempunyai masa untuk menyiapkan tugasan di rumah,” katanya.

Seorang lagi pengikut menyambut baik pandangan guru itu serta menzahirkan ucapan terima kasih kerana meluahkan kesukaran yang dialaminya.        

“Kami sudah berada di sekolah selama tujuh jam dan kemudian perlu menyiapkan tugasan lagi apabila pulang ke rumah,” katanya.

Seorang pengikut pula memberitahu, seluruh dunia memerlukan lebih banyak guru seperti White dalam membawa pembaharuan. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya