Guna kanak-kanak curi jam tangan mewah - Utusan Malaysia

Guna kanak-kanak curi jam tangan mewah

PASANGAN dari Romania, Ilie Para dan Marta Para-Bloj menggunakan kanak-kanak berusia enam tahun untuk mencuri jam tangan mewah dari Harrods. - CENTRAL NEWS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pasangan kekasih warga Romania menggunakan seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun untuk membantu mereka mencuri jam tangan mewah bernilai 67,000 pound (RM360,069) dari Harrods.

Lapor Daily Mail, sesi pendengaran di Mahkamah Crown Southwark mendedahkan Ilie Para, 30, dan Mara Para-Bloj, 30, ke pusat beli-belah mewah itu di Knightsbridge, tengah London beberapa hari sebelum kecurian tersebut berlaku.

Malah, pasangan itu sempat mengambil gambar jam tangan emas 18 karat, koleksi Royal Offshore Oak.

Pasangan itu kemudian kembali semula ke kedai Brompton Road bersama kanak-kanak berusia enam tahun terbabit pada 19 September lalu.

Tanpa disedari jurujual yang berada di premis tersebut, Ilie bertindak menukar jam tangan mewah itu dengan replika yang disembunyikan di dalam hud kanak-kanak lelaki terbabit.

Pasangan itu ditahan oleh polis beberapa hari kemudian di pelabuhan Dover ketika cuba pulang ke rumah menggunakan kereta Audi berwarna hitam.  

Apabila Hakim Michael Grieve bertanya mengenai identiti orang ketiga yang berada dalam kereta seperti disenaraikan dalam laporan polis, beliau diberitahu individu itu adalah kanak-kanak lelaki.

Pendakwa raya, Dominic Hockley berkata, pasangan berkenaan berada di Harrods selama lima hari sebelum insiden kecurian itu. 

Ilie dan Marta mengaku bersalah atas tuduhan mencuri di kedai tersebut.

Mereka kini ditahan reman sebelum keputusan mahkamah pada 14 Disember depan.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya