LEGAZPI, Filipina: Sekurang-kurangnya tujuh orang terkorban apabila Taufan Goni membadai Filipina awal pagi ini dan pihak berkuasa memberi amaran bahawa bencana alam itu boleh menyebabkan ‘malapetaka’. Taufan paling kuat pada tahun ini itu melanda Pulau Catanduanes sebelum waktu subuh dengan membawa angin kencang sekuat 225 kilometer sejam (km/j) dan meningkat kepada 310 km/j menyebabkan bumbung rumah tercabut, pokok tumbang dan banjir kilat berlaku. Kekuatan Goni diturunkan kepada ‘taufan super’ ketika ia merentasi selatan Kepulauan Luzon dan menghala ke Manila. Pihak berkuasa negara ini menjangkakan kemusnahan teruk berlaku di setiap laluan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya