MANILA: Satu gempa bumi berukuran 6.0 skala Richter melanda wilayah Surigao Del Sur di selatan Filipina hari ini.
Menurut Institut Seismologi dan Vulkanologi Filipina (Phivolcs), gempa tersebut berlaku pada pukul 6.37 pagi waktu tempatan dengan kedalaman 33 kilometer iaitu 29 kilometer ke tenggara pekan San Agustin.
Agensi tersebut juga menjangkakan berlaku kerosakan infrastruktur di kawasan terjejas.