Fosil paus 5,000 tahun ditemukan di Thailand - Utusan Malaysia

Fosil paus 5,000 tahun ditemukan di Thailand

FOSIL ikan paus dari spesies Bryde ditemukan di Thailand. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Fosil ikan paus yang masih lengkap dan terpelihara berusia antara 3,000 hingga 5,000 tahun ditemukan di Thailand. 

Lapor BBC, fosil tersebut ditemukan pada awal bulan ini lalu iaitu 12 kilometer dari barat Bangkok. 

Fosil yang mempunyai ukuran panjang 12 meter itu mungkin paus dari spesies Bryde. 

Selain itu, kumpulan pakar berharap penemuan tersebut boleh dijadikan sumber kajian mengenai masa lalu khususnya berkaitan paras laut dan biodiversiti. 

Penyelidik Haiwan Mamalia, Universiti Kebangsaan Singapura, Marcus Chua berkata, fosil tulang itu adalah penemuan yang jarang berlaku. 

Katanya, penemuan itu membolehkan penyelidik mengenal pasti perbezaan spesis paus Bryde pada masa lalu dengan ketika ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya