STOCKHOLM: Sebuah feri yang membawa 430 penumpang terkandas di kawasan pulau yang terletak di antara Sweden dan Finland pada Sabtu lalu selepas terlanggar batu.
Kejadian yang membabitkan feri bernama ‘Grace’ itu berlaku pada pukul 2.15 petang waktu tempatan sebelum singgah di Mariehamn, Kepulauan Aland.
Setakat ini, punca kemalangan masih belum diketahui namun angin kencang di wilayah terbabit mungkin menjadi antara penyebab insiden.
Selain itu, tiada kebocoran pada mana-mana bahagian feri dilaporkan dan para penumpang yang terkandas perlu bermalam sehari di atas kapal tersebut.
Jumlah keseluruhan penumpang adalah seramai 331 orang dan 98 anak kapal.
Keadaan feri kini stabil dan penumpang akan dipindahkan ke daratan menggunakan kapal bantuan.
Menurut pihak berkuasa, pasukan penyelam giat memeriksa badan feri bagi menentukan tahap keselamatannya untuk beroperasi semula.
“Penyelam dalam masa yang sama juga sedang memeriksa badan kapal untuk menentukan bagaimana kapal itu boleh kembali beroperasi. – AFP