Dreamers harapkan Biden - Utusan Malaysia

Dreamers harapkan Biden

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEXICO CITY: Seorang migran yang menetap lama di Amerika Syarikat (AS) dan telah dihantar pulang ke Mexico, berharap agar pentadbiran baharu di bawah kepemimpinan Joe Biden akan membenarkannya kembali semula ke negara tersebut.  

Mauricio Lopez, 26, seorang guru mengajar subjek bahasa Inggeris merupakan antara ribuan migran dikenali sebagai `dreamers’ yang dibawa masuk ke AS oleh ibu bapa mereka ketika kecil.

Ketika ramai penduduk Mexico diusir terutamanya di bawah pentadbiran Donald Trump, Lopez berharap agar presiden baharu yang dipilih itu akan melakukan perubahan drastik yang akan melindungi para pendatang izin tanpa dokumen.  

“Bagi saya, ia amat baik untuk kita semua sekiranya beliau melonggarkan undang-undang imigresen.

“Ia termasuk proses suaka dan sekiranya beliau mempermudahkan urusan untuk mendapatkan permit kerja atau visa pelancong kerana ramai dalam kalangan kami sudah mempunyai keluarga di sana,” katanya.  

Lopez dihantar pulang ke Mexico dari North Carolina pada 2016 selepas beliau gagal memperbaharui permit menetap di AS di bawah program DACA bagi pendatang tanpa izin yang dibawa ke negara itu semasa menjadi kanak-kanak.  

Dia dihantar pulang bersama ibunya, meninggalkan seorang adik perempuan di negara itu dan adik lelakinya dilaporkan telah dibawa balik ke Mexico beberapa tahun lalu. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya