Densus 88 tahan puluhan suspek pengganas - Utusan Malaysia

Densus 88 tahan puluhan suspek pengganas

DENSUS 88 berjaya menahan puluhan individu disyaki pengganas sepanjang tiga bulan lalu - CNN INDONESIA/ DAMAR SINUKO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Pasukan Anti-Keganasan Polis Indonesia, Densus 88 menahan puluhan individu yang disyaki pengganas sejak tiga bulan lalu.

Lapor CNN Indonesia, individu tersebut antaranya ditahan di wilayah Lampung, Sumatera Barat, Bekasi hingga Lampung. 

Terbaharu, Densus 88 menahan enam individu disyaki pengganas itu pada 6 dan 7 November.

Mereka disyaki mempunyai kaitan dengan beberapa kumpulan seperti Jemaah Islamiah, Adira dan Anshor Daulah.

“Sebagai langkah pencegahan, Densus 88 menahan beberapa anggota kumpulan militan pada 6 dan 7 November lalu,” kata Ketua Biro Penerangan Jabatan Hubungan Masyarakat Polis, Awi Setiyono dalam satu kenyataan.

Berdasarkan data yang dikemukakan oleh polis, empat individu yang disyaki pengganas telah ditahan di Lampung sementara dua lagi di Barat Sumatera dan Batam pada masa yang berlainan.

Polis menahan beberapa anggota kanan kumpulan Adira dalam satu operasi serbuan di Lampung.

Misalnya, suspek pengganas dikenali sebagai S dipercayai merupakan Bendahari Adira Lampung manakala individu RK pula setiausaha.  

Pasukan Densus juga berjaya menahan seorang lagi individu dikenali SA bersama 11 bahan bukti.

Menurut Awi, SA terlibat dalam kumpulan Jemaah Islamiah di bidang Kosin dan mempunyai kaitan dengan kumpulan Imaruddin Banten.

Sebelum ini, polis melakukan serbuan di wilayah Bekas, Jawa Barat dan sekurang-kurangnya empat orang ditahan oleh pasukan Densus kerana disyaki dari kumpulan Jemaah Islamiah yang mempunyai kaitan dengan Daesh di Syria.  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya