'Darth Vader' meninggal dunia - Utusan Malaysia

‘Darth Vader’ meninggal dunia

DAVID Prowse meninggal dunia pada usia 85 tahun. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Aktor David Prowse yang melakonkan watak Darth Vader dalam siri filem Star Wars meninggal dunia pada usia 85 tahun.

Lapor AP, Prowse meninggal dunia semalam akibat sakit yang tidak didedahkan.

Dilahirkan di Bristol, barat daya England pada 1935, Prowse sebelum ini merupakan juara tiga kali kejohanan angkat berat Britain dan mewakili England bagi acara tersebut dalam temasya Sukan Komanwel 1962.

Prowse pernah memberitahu bahawa dia memilih untuk memegang watak Darth Vader kerana ‘orang jahat sering diingati’.

Beliau tampil dengan watak tersebut dalam tiga siri filem Star Wars iaitu pada 1977, The Empire Strikes Back (1980) dan Return of the Jedi (1983).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya