China hapuskan elemen Islamik masjid - Utusan Malaysia

China hapuskan elemen Islamik masjid

KEADAAN asal Masjid Nanguan (kiri) dan selepas diubah suai (kanan). - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Kerajaan China bertindak menyingkirkan kubah dan bentuk hiasan lain yang mempunyai ciri-ciri Islamik di masjid di seluruh negara.

Lapor Daily Mail, langkah itu adalah sebahagian daripada pemutihan budaya yang bertujuan mengurangkan pengaruh agama Islam di republik ini.

Menurut laporan The Telegraph, tindakan itu amat jelas apabila kubah berwarna hijau dan menara emas di Masjid Nanguan di Yinchuan, ibu kota wilayah Ningxia, telah dibuang.

Beberapa gambar yang dikongsi oleh Timbalan Ketua Misi United Kingdom (UK) ke China, Christina Scott menerusi laman media sosial menunjukkan warna dan hiasan di masjid tersebut telah diubah.

Perkataan `Masjid Nanguan’ yang tertera dalam tulisan bahasa Mandarin di bangunan itu masih dikekalkan.  

“Cuma inilah yang kelihatan sekarang, selepas diubahsuai. Kubah, menara semuanya sudah hilang. Malah pelawat tidak dibenarkan. Ini amat menyedihkan,” kata Scott.

Langkah serupa turut dilihat berlaku di beberapa masjid di Linxia, sebuah kota dikenali sebagai `Little Mecca’ yang terletak berhampiran wilayah Gansu. 

Tindakan itu berikutan ketika kempen menentang agama semakin meningkat sejak Presiden Xi Jinping menjadi Setiausaha Agung Parti Komunis China.

Parti Komunis yang berkuasa di China didakwa melakukan penindasan secara meluas terhadap semua institusi agama sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Antara beberapa arahan termasuk merobohkan gereja dan masjid, melarang kanak-kanak Tibet untuk mempelajari ajaran agama Buddha dan menahan lebih sejuta ahli etnik minoriti Islam di kem pendidikan semula.

Jinping didakwa telah mengarahkan semua agama untuk `sinicise’ atau menerapkan budaya masyarakat Cina bagi memastikan mereka setia terhadap parti ateis itu.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya