Bom kereta, 30 anggota keselamatan Afghanistan maut - Utusan Malaysia

Bom kereta, 30 anggota keselamatan Afghanistan maut

ANGGOTA tentera Afghanistan berkawal di lokasi serangan pengebom berani mati di wilayah Ghazni. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GHAZNI: Sekurang-kurangnya 30 anggota keselamatan terbunuh apabila seorang pengebom bunuh diri yang menaiki kereta menyerbu pangkalan tentera di pinggir bandar Ghazni hari ini.

Kejadian itu disifatkan paling buruk dalam tempoh beberapa bulan kebelakangan ini.

Pengarah Hospital Ghazni, Mohammad Hemat berkata, sebanyak 30 mayat dan 24 mangsa cedera sudha dibawa ke hospital setakat ini dan kesemunya adalah anggota keselamatan.

Jurucakap Kementerian Dalam Negeri Afghanistan, Tariq Arian mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan kenderaan yang terlibat dalam serangan itu dipenuhi dengan bahan letupan.

Rakaman video menunjukkan ambulan dikerah ke lokasi kejadian, selain jentera berat digunakan untuk membersihkan serpihan bangunan yang msunah akibat letupan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya