WILMINGTON: Bakal Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden menegaskan negara itu bersedia memimpin semula di pentas global tanpa meneruskan dasar yang diperkenalkan oleh Donald Trump,’America First’ sebelum ini.
Lapor Reuters, Biden memperkenalkan polisi luar negara dan pasukan keselamatan kebangsaan sekali gus memberi isyarat beliau mahu mengeluarkan AS daripada pengaruh nasionalisme unilateralisme yang dibawa Trump selepas mengambil alih Rumah Putih pada Januari tahun depan.
Biden turut memberi isyarat bekas dua pemimpin Liberal, iaitu pesaing semasa penamaan calon presiden Demokratik, Senator Bernie Sanders dan Elizabeth Warren tidak dipertimbangkan bagi pelantikan jawatan Kabinet.
Selama empat tahun Trump menyebabkan banyak pihak tidak bersekutu dengan AS di Eropah termasuk di tempat lain menerusi pendekatan antagonis terhadap pakatan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dan hubungan perdagangan, peninggalan perjanjian antarabangsa serta hubungan mesra dengan pemimpin autokrasi.
Biden berkata, pasukannya termasuk pembantu, Antony Blinken sebagai calon bagi Setiausaha AS yang digambarkan oleh Biden sebagai pemikiran lama dan ketetapan yang tidak berubah dalam pendekatannya terhadap hubungan luar negeri.
“Ini adalah pasukan yang menggambarkan Amerika sudah kembali, sedia memimpin dunia, tidak berundur, duduk sekali lagi sebagai ketua, sedia berdepan musuh dan tidak menolak sekutu serta sedia menegakkan nilai kita,” katanya.
Dunia menyaksikan perubahan sejak Parti Demokrat kali terakhir memimpin Rumah Putih empat tahun lalu.
China semakin berkuasa dan berani, Rusia berusaha meluaskan pengaruhnya yang menyebabkan pengaruh AS berkurang ketika negara itu menarik diri daripada pelbagai kesepakatan antarabangsa.
Dasar luar negeri AS di bawah pentadbiran Biden cenderung mengambil pendekatan multilateral dan diplomatik yang bertujuan membaiki hubungan Washington dengan sekutu utama serta menempuh jalan baru seperti menerajui isu perubahan iklim.
Biden berjanji mengukuhkan pakatan termasuk di rantau Asia Pasifik, susulan kemerosotan hubungan dua hala antara AS dan China iaitu dua ekonomi teratas di dunia yang mencetuskan Perang Dingin.