Biden sedia duduki White House - Utusan Malaysia

Biden sedia duduki White House

JOE BIDEN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Bakal presiden baharu Amerika Syarikat (AS), Joe Biden akan memasuki White House pada bila-bila masa dalam tempoh 73 hari bermula hari ini walaupun kemenangannya dalam pilihan raya sebelum ini tidak diiktiraf pencabarnya, Donald Trump.

Namun, ‘masalah’ tersebut tidak menghalang Biden dan gandingannya, Kamala Harris melancarkan laman web peralihan yang diberi nama BuildBackBetter.com dan akaun Twitter, @Transition46.

Laman web tersebut mengandungi empat intipati utama dalam pentadbiran Biden termasuk isu berkaitan Covid-19, pemulihan ekonomi, kesamarataan kaum dan perubahan iklim.

Turut tertulis dalam laman web tersebut bahawa pentadbiran Biden sudah bersedia menyahut cabaran yang didukung bermula dari hari pertama pemimpin itu dipilih sebagai presiden negara ini.

Biden dijangka mengangkat sumpah sebagai Presiden AS ke-46 pada 20 Januari 2021 pada usia 78 tahun.

Selain itu, Biden juga dijangka mendedahkan nama 12 saintis yang akan menyertai pasukan khas yang ditubuhkan untuk menangani pandemik Covid-19 di negara ini.

Biden turut mengumumkan rancangan untuk menyertai semula Perjanjian Iklim Paris dan menarik balik larangan masuk terhadap negara Islam.

Biden berikrar untuk membentuk barisan Kabinet yang melambangkan kesamarataan di negara ini. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya