AstraZeneca perlu kajian tambahan - Utusan Malaysia

AstraZeneca perlu kajian tambahan

ASTRAZENECA memaklumkan perlu perlu melakukan kajian mendalam mengenai vaksin Covid-19 yang dihasilkannya. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Syarikat farmaseutikal, AstraZeneca memaklumkan pihaknya perlu melakukan kajian mendalam mengenai vaksin Covid-19 selepas timbul persoalan mengenai tahap perlindungan yang ditawarkan oleh vaksin tersebut. 

Namun, kajian tambahan itu tidak akan mempengaruhi kelulusan peraturan penggunaan vaksin tersebut Eropah. 

Ketua Eksekutif AstraZeneca, Pascal Soriot berkata, AstraZeneca berkemungkinan melancarkan kajian baharu untuk menilai dos vaksin yang lebih rendah dan berkesan berbanding dos penuh. 

“Sekarang kita sudah menemui kesan yang lebih baik, kita perlu sahkan perkara ini dengan kajian tambahan,” kata Soriot. 

AstraZeneca dan Universiti Oxford mengumumkan pihaknya kini menunggu kelulusan peraturan selepas secara purata vaksin tersebut menunjukkan tahap keberkesanannya adalah sebanyak 70 peratus. 

Kadar itu dapat ditingkatkan 90 peratus sama seperti vaksin keluaran Pfizer, BioNTech dan Moderna menerusi penggunaan separuh atau satu dos.

Ketua Kumpulan Vaksin Oxford, Andrew Pollard memaklumkan keputusan penuh dijangka dikeluarkan pada bulan depan. 

Vaksin keluaran AstraZeneca dan Oxford itu boleh disimpan, dibawa dan dikendalikan dalam keadaan sejuk dan suhu normal antara dua hingga lapan darjah Celsius selama enam bulan. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya