Arab Saudi sedia jalin normalisasi dengan Israel - Utusan Malaysia

Arab Saudi sedia jalin normalisasi dengan Israel

PUTERA FAISAL BIN FARHAN AL SAUD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIYADH: Kementerian Luar Arab Saudi memaklumkan negara ini bersedia untuk ‘menjalin normalisasi secara penuh’ dengan Israel sekiranya rejim Zionis itu memenuhi syarat yang ditetapkan.

Menterinya, Putera Faisal bin Farhan al-Saud berkata, Israel perlu melengkapkan proses rundingan damai yang menjamin hak serta kebajikan penduduk Palestin terlebih dahulu sebelum sebarang persetujuan dicapai.

Lapor PressTV, beliau berkata demikian dalam satu wawancara sempena Sidang Kemuncak Kumpulan 20 (G20) yang menyaksikan Arab Saudi sebagai tuan rumah.

Dalam tempoh beberapa bulan lalu, Israel menandatangani hubungan normalisasi dengan Emiriah Arab Bersatu (UAE), Bahrain dan Sudan.

Namun, langkah itu mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan penduduk Palestin yang bimbang nasib mereka akan terus diperjudikan.

Pengarah agensi perisikan Israel, Yossy Cohen sebelum ini menegaskan bahawa Arab Saudi bakal menormalisasi hubungan dengan Tel Aviv dan akan melakukan perkara itu selepas Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS).

Sementara itu, terdapat dakwaan bahawa Putera Mahkota Arab Saudi iaitu Putera Mohammed bin Salman khuatir ditentang oleh keluarganya jika dia bersetuju menjalin normalisasi dengan Israel.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya