Ahli politik pro demokrasi Hong Kong letak jawatan besar-besaran - Utusan Malaysia

Ahli politik pro demokrasi Hong Kong letak jawatan besar-besaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Semua ahli politik pro demokrasi di Hong Kong mengumumkan peletakan jawatan masing-masing selepas China menyingkirkan empat orang dalam kalangan mereka. 

Empat orang yang disingkirkan itu adalah Alvin Yeung, Kwok Kaki dan Dennis Kwok daripada Parti Sivik manakala, Kenneth Leung daripada Persatuan Profesional. 

Negara itu meluluskan resolusi membenarkan kerajaan memecat ahli politik yang dianggap memberikan ancaman kepada keselamatan negara. 

Susulan itu, ahli politik daripada pihak pembangkang menegaskan mereka akan bersatu hati mengenai perkara itu.  

Buat pertama kali sejak Hong Kong diserahkan semula kepada China pada 1997, badan itu hampir tidak mempunyai perbezaan pendapat. 

Pemecatan kempat-empat ahli politik itu dilihat oleh banyak pihak sebagai usaha China menyekat kebebasan Hong Kong. 

“Kami tidak boleh lagi beritahu dunia yang kami masih mempunyai satu negara, dua sistem. Pengumuman itu secara rasminya sudah mati,” kata Pengerusi Parti Demokratik, Wu Chi Wai.

Kumpulan pro demokrasi itu mempunyai 19 kerusi daripada 70 kerusi perundangan dan kesemua ahlinya sudah meninggalkan badan tersebut sama ada meletakkan jawatan atau dipecat. 

Resolusi baharu yang diluluskan oleh Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Nasional China itu memaklumkan ahli politik perlu disingkirkan sekiranya memberi sokongan terhadap kemerdekaan Hong Kong yang menolak pengiktirafan kedaulatan China.

Perkara itu juga termaktub sekiranya melibatkan campur tangan tentera asing dalam urusan negara atau dengan cara lain yang mengancam keselamatan negara. 

Ia juga membenarkan Kerajaan Hong Kong menyingkirkan terus ahli politik tanpa perlu melalui prosedur mahkamah. 

Pemimpin di Hong Kong dipilih oleh jawatankuasa pro Beijing, namun separuh daripada 70 kerusi ahli politik adalah menerusi lantikan terus, sekali gus menandakan 7.5 juta penduduk hampir tidak memiliki peluang untuk mengundi secara adil.

Peletakan jawatan besar-besaran itu membuatkan hampir keseluruhan badan legislatif diisi oleh penyokong pro Beijing. – AFP/AGENSI

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya