14 roket ‘hujani’ Kabul - Utusan Malaysia

14 roket ‘hujani’ Kabul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KABUL: Wilayah Kabul kembali bergegar apabila dihujani 14 roket sehingga menyebabkan lapan orang terbunuh sekali gus menandakan serangan keganasan terbaru yang melanda Afghanistan. 

Roket itu menyerang banyak kawasan di tengah dan utara Kabul termasuk berhampiran zon hijau yang menempatkan kedutaan dan syarikat antarabangsa. 

“Pagi ini, pengganas melepaskan 14 roket di Kota Kabul. 

“Malangnya, roket itu melanda kawasan perumahan. Hingga kini, lapan penduduk kita mati syahid dan 11 yang lain cedera,” kata jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Tariq Arian. 

Jurucakap Polis Kabul, Ferdaws Faramarz mengesahkan jumlah kematian tersebut.  

Foto dan video yang tersebar dalam talian menunjukkan beberapa bangunan mengalami kerosakan pada dinding dan tingkap termasuk di kompleks perubatan. 

Dalam pada itu, kumpulan militan Daesh mengaku bertanggungjawab melancarkan kesemua roket tersebut. 

Serangan terbesar itu termasuk dua serangan mengerikan terhadap institusi pendidikan yang mengorbankan hampir 50 orang dalam beberapa minggu terakhir ini, mengikuti corak serangan yang terjadi sebelum ini, menyebabkan pemerintah Afghanistan menyalahkan Taliban atau proksi mereka.

“Serangan roket di kota Kabul tiada kaitan dengan mujahidin Emirat Islam. Kami tidak melepaskan tembakan di tempat awam,” kata jurucakap Taliban, Zabihullah Mujahid. – AFP 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya