Warga emas dua kali dijangkiti Covid-19 meninggal dunia - Utusan Malaysia

Warga emas dua kali dijangkiti Covid-19 meninggal dunia

WANITA berusia 89 tahun meninggal dunia selepas dua kali dijangkiti Covid-19 di Belanda. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AMSTERDAM: Seorang wanita warga emas rakyat Belanda menjadi individu pertama yang meninggal dunia selepas dua kali dijangkiti Covid-19.

CNN melaporkan, wanita berusia 89 tahun itu turut menghidap kanser tulang sumsum yang dikenali Waldenström’s macroglobulinemia.

Menurut Pusat Perubatan Universiti Maastricht, sistem imunisasi wanita tersebut terganggu akibat rawatan sel yang diterimanya.

Pada mulanya, wanita itu dimasukkan ke hospital pada awal tahun ini dengan gajala batuk serta demam dan kemudiannya disahkan Covid-19.

Lima hari selepas itu, wanita tersebut dibenarkan keluar hospital dan dia dijangkiti Covid-19 sekali lagi selepas 59 hari terkena jangkitan pertama.

Wanita itu dikejarkan ke hospital sekali lagi dan kesihatannya mula merosot pada hari kelapan dan dua minggu kemudian, dia meninggal dunia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya