Trump, Melania dijangkiti Covid-19 - Utusan Malaysia

Trump, Melania dijangkiti Covid-19

WANITA pertama Amerika Syarikat (AS), Melania Trump dilaporkan ‘hilang’ sejak 1 Januari lalu. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dan isteri, Melania Trump disahkan dijangkiti Covid-19.

Lapor Channel News Asia, Trump mengumumkan perkara itu menerusi Twitternya dengan menulis: “Saya dan isteri disahkan dijangkiti Covid-19. Kami akan dikuarantin dan dirawat secepat mungkin. Kita akan hadapi semua ini bersama.”

Semalam, Trump memaklumkan beliau dan isterinya sudah menjalani proses kuarantin selepas melakukan ujian saringan Covid-19 selepas pembantunya, Hope Hicks disahkan dijangkiti wabak tersebut.

Sementara itu, doktor kepada Trump, Sean Conley berkata, pemimpin itu dan isterinya dalam keadaan baik dan kesihatan mereka akan terus dipantau.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN