Tiktok temukan pasangan kembar terpisah 20 tahun - Utusan Malaysia

Tiktok temukan pasangan kembar terpisah 20 tahun

TRENA (kanan) dan Treni (kiri) bertemu semula selepas terpisah selama 20 tahun. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Sepasang kembar yang terpisah selama 20 tahun akhirnya bertemu semula melalui aplikasi Tik Tok. 

Menceritakan perkara itu, Enceng Dedi, 59 yang merupakan bapa kepada pasangan kembar itu memberitahu bagaimana kembar Trena dan Treni itu berpisah pada awalnya. 

Enceng berpindah dari Tasikmalaya kerana mengikuti program perpindahan dari Bandung ke Maluku pada 1996. 

“Beberapa bulan di Maluku, isteri saya, arwah Enok Rohaenah melahirkan anak kembar perempuan pada 12 Disember 1996. 

“Si kakak diberi nama, Euis Trena Mustika dan adiknya, Elis Treni Mustika. 

“Ketika kedua-duanya berusia beberapa bulan mereka sering sakit. Kemudian orang tua menasihatkan kami supaya Trena dan Treni dipisahkan supaya tidak lagi menghidapi kesakitan,” katanya seperti dilaporkan Tribunnews yang menemui Enceng di kediamannya di Kampun Cipaingeun, Kota Tasikmalaya semalam. 

Mengulas lanjut, dia dan isterinya bersepakat memisahkan kedua-dua anaknya demi kesihatan mereka. 

“Trena diberikan kepada orang Garut sementara Treni diberikan kepada pasangan Pak Misranto dan Bu Rini. Setahun berpisah, kami masih dapat bertemu Treni dan Trena kerana hanya diberikan kepada jiran tetangga,” katanya. 

Bagaimanapun, katanya, semasa rusuhan Maluku pada 1999 yang membuatkan dia dan isteri terpaksa pulang ke Tasikmalaya, mereka hanya dapat membawa Trena kerana Treni dibawa oleh penjaganya ketika itu. 

“Saat itu, kami tidak lagi mengetahui di mana Treni, namun, saya sempat mengetahui Pak Misranto tinggal di Malang tetapi tidak tahu alamatnya. Kami pernah berusaha mencarinya namun tidak berhasil dan terpaksa pasrah akhirnya. 

“Namun, saya sedikit lega apabila mengetahui pasangan itu sangat menyayangi Treni kerana mereka sangat menginginkan anak perempuan,” katanya. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya