Tersalah ‘belasah’ anggota polis - Utusan Malaysia

Tersalah ‘belasah’ anggota polis

ANGGOTA polis menenangkan penunjuk perasaan yang cedera dalam insiden pergaduhan ketika demonstrasi bantah Cipta Kerja di Jambi, Indonesia. - ANTARA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Satu video yang menunjukkan seorang anggota polis dipukul kerana disangka seorang daripada penunjuk perasaan di Jambi menjadi tular dalam media sosial.

Dalam video tersebut, seorang lelaki yang dipercayai anggota polis berpakaian preman dipukul dan ditumbuk oleh pasukan polis rusuhan yang cuba meleraikan tunjuk perasaan menentang pelaksanaan Undang-Undang Cipta Kerja di daerah Telanaipura, Jambi.

Keadaan itu hanya disedari apabila seorang lagi anggota polis menjerit dan memberitahu lelaki itu adalah polis.

Jurucakap polis Jambi, Kushwahyudi Tresnadi mengesahkan keaslian video tersebut, namun menafikan lelaki yang dipukul tersebut  bukan anggota polis.

“Kesemua yang ditahan dalam tunjuk perasaan itu adalah kumpulan pelajar dan lelaki yang disangka polis itu bukan seorang daripada kami.

“Insiden pergaduhan itu berlaku apabila pasukan polis menahan kumpulan pelajar yang melakukan demonstrasi dan seorang anggota polis turut dipukul,” katanya seperti yang dilapor Jakarta Post.

Sehubungan itu, Kuswahyudi memaklumkan pihak polis akan menyiasat insiden tersebut secara menyeluruh.

Dalam perkembangan berkaitan, kira-kira 10,000 penunjuk perasaan memenuhi jalan-jalan utama di sekitar Jakarta hari ini bagi meneruskan bantahan terhadap pelaksanaan Cipta Kerja.

Terdahulu, polis Jakarta menamakan 131 suspek yang didakwa melakukan rusuhan dalam beberapa siri tunjuk perasaan membantah Cipta Kerja pada 7, 8 dan 13 Oktober lalu.

Ketua Polis Jakarta, Nana Sudjana memberitahu, kesemua suspek didakwa di bawah Artikel 170, 212 dan 218 Kod Jenayah kerana melakukan kekerasan terhadap orang awam dan harta benda.

“Daripada jumlah tersebut, hanya 69 orang ditahan dan mereka bakal berdepan hukuman penjara lebih lima tahun jika didapati bersalah mencetuskan rusuhan.

“Seramai 20 yang lain pula disyaki merosakkan harta benda awam termasuk perhentian bas dan pondok keselamatan polis,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya