Taufan Goni bakal melanda, 200,000 penduduk diarah berpindah - Utusan Malaysia

Taufan Goni bakal melanda, 200,000 penduduk diarah berpindah

PENDUDUK di wilayah Bicol, Filipina membuat persiapan menghadapi Taufan Goni yang dijangka membadai awal pagi esok. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANILA: lebih 200,000 penduduk di wilayah Bicol di Filipina diarahkan berpindah dan meninggalkan kediaman masing-masing ketika taufan paling kuat tahun ini dalam perjalanan menuju ke negara ini.

Taufan Goni dijangka membandai kepulauan Luzon awal pagi esok dengan membawa angin kencang sekuat 205 kilometer sejam.

Goni muncul seminggu selepas Taufan Molave melanda rantau ini menyebabkan 22 penduduk terkorban dan membanjiri sebahagian besar kawasan rendah sebelum bergerak ke Vietnam.

Pihak berkuasa juga giat menyalurkan bantuan asas kepada penduduk sebagai persediaan menghadapi Goni.

Selain itu, taufan tersebut juga dijangka menyebabkan hujan lebat di beberapa kawasan dan dikhuatiri mencetuskan banjir kilat. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya