Sukarelawan vaksin Covid-19 meninggal dunia - Utusan Malaysia

Sukarelawan vaksin Covid-19 meninggal dunia

JOAO Pedro R. Feitosa meninggal dunia selepas mendapatkan vaksin percubaan Covid-19 di Brazil. - HANDOUT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIO DE JANEIRO: Seorang sukarelawan yang menyertai ujian klinikal vaksin percubaan Covid-19 yang dibangunkan oleh Universiti Oxford dan AstraZeneca, dilaporkan meninggal dunia di Brazil.

Pihak berkuasa negara ini mengumumkan berita itu semalam biarpun terdapat beberapa laporan media menyatakan lelaki itu menerima plasebo dan bukannya vaksin berkenaan.

Lapor Channel News Asia, insiden itu merupakan kematian pertama dilaporkan melibatkan ujian klinikal vaksin Covid-19 yang dijalankan di seluruh dunia. 

Penganjur kajian menegaskan satu penilaian bebas membuat kesimpulan bahawa tidak timbul masalah keselamatan malah pengujian terhadap vaksin itu masih akan diteruskan.   

Setakat ini, AstraZeneca enggan mengulas mengenai perkara tersebut.

Berdasarkan beberapa laporan media, sukarelawan berkenaan merupakan seorang doktor berusia 28 tahun yang dikenali sebagai Joao Pedro R. Feitosa meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19. 

Universiti Persekutuan Sao Paulo yang membantu menyelaraskan ujian klinikal fasa ketiga di Brazil memaklumkan, sebuah jawatan kuasa penilaian bebas juga mengesyorkan agar pengujian diteruskan. 

Terdahulu, pihak universiti mengesahkan bahawa sukarelawan itu merupakan warga Brazil namun enggan mendedahkan butiran peribadi dengan lebih lanjut. 

“Semuanya berjalan seperti yang dijangkakan tanpa sebarang rekod komplikasi serius berkaitan vaksin yang melibatkan mana-mana sukarelawan,” jelas universiti itu dalam satu kenyataan.

Seorang jurucakap universiti berkata, setakat ini, sebanyak 8,000 daripada 10,000 sukarelawan terlibat dalam ujian klinikal itu telah direkrut dan diberi dos pertama vaksin di enam bandar di Brazil, manakala ramai lagi sudah menerima suntikan kedua.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya