Setiausaha Kesihatan Britain tuduh orang Islam sebar Covid-19 - Utusan Malaysia

Setiausaha Kesihatan Britain tuduh orang Islam sebar Covid-19

MATT HANCOCK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Sentimen Islamofobia dalam Kerajaan Britain semakin memuncak apabila perintah berkurung lebih ketat akan dilaksanakan di kawasan Utara England yang majoritinya didiami oleh penganut Islam.  

Lapor Arab News, Setiausaha Kesihatan negara itu, Matt Hancock menerusi ciapan dalam Twitter pada 30 Julai lalu menuduh penyebaran wabak Covid-19 berpunca daripada perjumpaan jiran tetangga serta tidak mematuhi penjarakan sosial.  

Hancock malah mengkritik kerajaan kerana menolak menunjukkan bukti mengenai masyarakat yang tidak mematuhi penjarakan sosial sejurus perintah berkurung dikenakan terhadap 4.6 juta penduduk iaitu sejam sebelum Hari Raya Aidiladha bermula.  

Timbalan Ketua Tugas-Tugas Khas mengenai kebencian Anti-Muslim, Qari Asim berkata kepada Guardian, dakwaan Hancock hanya menambah naratif kebencian kononnya masyarakat Islam tidak mematuhi garis panduan ditetapkan kerajaan atau mematuhi penjarakan sosial. 

Beliau mendesak kerajaan mengeluarkan data bagi menyokong dakwaan itu yang mengatakan pengumuman itu dibuat disebabkan penduduk Islam tidak mematuhi penjarakan sosial serta menghiraukan garis panduan ditetapkan. 

Oleh itu, perkara itu hanya terbukti sah apabila data sepenuhnya didedahkan kepada orang awam supaya isu itu lebih jelas. 

Perintah berkurung itu menimbulkan kegilaan Islamofobia dalam media sosial dengan ramai puak pelampau mengambil peluang menyalahkan umat Islam berhubung penyebaran wabak itu. 

Malah, waktu dan cara arahan itu dikritik secara meluas oleh Ketua Polis, Ahli Parlimen dan pemimpin Islam lain kerana menjadikan orang Islam sebagai ‘kambing hitam yang memalukan’. 

“Kami melihat peningkatan Islamofobia secara dalam talian selepas pengumuman itu dan masyarakat Islam dilihat sebagai penyebab berlakunya lagi perintah berkurung. 

Segelintir penduduk pastinya merasakan waktu pengumuman itu sangat teruk kerana caranya menunjukkan tidak menghiraukan penduduk Islam.  

“Kita tidak mahu menimbulkan naratif kebencian dan sangat penting bagi pihak berkuasa memastikan naratif seperti itu tidak disokong sama sekali,” katanya. 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya