JAKARTA: Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan menganggarkan sekolah di Indonesia kekurangan satu juta guru setiap tahun sepanjang tahun ini sehingga 2024.
CNN Indonesia melaporkan, angka itu dinilai terus meningkat setiap tahun.
“Ini disebabkan pembukaan sekolah baharu, penambahan ruang kelas dan guru bersara setiap tahun yang tidak diimbangi dengan pengambilan guru baharu,” jelas Pengarah Pendidikan Perguruan, Praptono.
Berdasarkan data kementerian, tahun ini terdapat 72,976 guru bersara dan jumlah itu menyumbang kekurangan guru yang angkanya mencapai lebih satu juta orang.