ISLAMABAD: Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan menulis sepucuk surat kepada Ketua Pegawai Eksekutif Facebook, Mark Zuckerberg menggesa larangan memuat naik kandungan berunsurkan Islamofobia dalam platform media sosial itu.
Langkah itu susulan peningkatan radikalisasi dalam kalangan orang Islam.
Lapor Channel News Asia, surat yang dikongsikan Imran dalam Twitter rasminya itu adalah ‘Islamofobia yang semakin meningkat’ hanya menggalakkan ekstremisme dan keganasan di seluruh dunia khususnya menerusi platform media sosial seperti Facebook.
“Saya mahu anda meletakkan larangan sama tentang Islamophobia dan kebencian terhadap Islam di Facebook seperti anda meletakkan larangan mengenai kejadian Holocaust,”katanya.
Bulan ini, Facebook melarang sebarang kandungan yang menolak dan memutar belit fakta mengenai tragedi Holocaust.
Bagaimanapun, Facebook tidak memberikan sebarang maklum balas segera berhubung permintaan Reuters pada ruangan komen surat tersebut.
“Sesiapa pun tidak boleh menghantar mesej dan pada masa sama mesej berbaur kebencian tidak boleh diterima, yang mesej lain boleh diterima untuk menentang sebahagian lain.
“Ini adalah tindakan prejudis dan berat sebelah yang menggalakkan radikalisasi lebih teruk,” katanya.
Menerusi surat itu, beliau juga merujuk situasi yang berlaku di Perancis apabila Islam dikaitkan dengan keganasan.
Ahad lalu, Imran berkata, Presiden Perancis, Emmanuel Macron membuat serangan terhadap Islam apabila menggalakkan lukisan kartun yang merujuk Nabi Muhammad.
Beliau memberikan komen selepas Macron memberikan penghormatan terhadap guru sejarah yang dipenggal kepala kerana mempamerkan kartun tersebut sebagai bahan perbincangan mengenai kebebasan bersuara.