Penunjuk perasaan dakwa diseksa polis - Utusan Malaysia

Penunjuk perasaan dakwa diseksa polis

PIHAK polis merekodkan butiran diri pelajar yang menyertai demonstrasi menentang Undang-Undang Cipta Kerja di Pejabat Polis di Palembang. - CNN Indonesia
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Ribuan penunjuk perasaan negara ini mendakwa mereka diseksa oleh pihak polis sebelum dibebaskan. 

Lapor CNN Indonesia, mereka ditahan susulan demonstrasi besar-besaran menentang Undang-Undang Cipta Kerja yang diadakan awal bulan ini. 

Penunjuk perasaan itu terdiri daripada pelbagai kumpulan termasuk pelajar, mahasiswa dan pekerja.  

“Sehingga kini, kami dapati ribuan orang di Jakarta ditangkap dan diseksa sebelum dibebaskan,” kata Koordinator Suruhanjaya Orang Hilang dan Mangsa Keganasan (Kontras), Fatia Maulidiyanti. 

Menurutnya, seramai 200 daripada ribuan individu yang ditangkap disyaki sebagai suspek utama dan sehingga sekarang penunjuk perasaan sudah merebak ke seluruh kawasan. 

Setakat ini, masih belum ada kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh pihak polis berhubung kenyataan Kontras itu. 

Dia malah menjelaskan belum mempunyai sebarang data yang tepat mengenai bilangan penunjuk perasaan yang ditangkap dan diseksa oleh pihak polis di seluruh kawasan di negara itu. 

“Kami masih mengumpul data tersebut,” katanya. 

Sementara itu, Perwakilan Gerakan Menolak Undang-Undang Cipta Kerja (Getol), Andy Irfan turut mengakui wujudnya unsur keganasan terhadap penunjuk perasaan tersebut. 

“Ratusan pelajar dan mahasiswa di Jawa Timur dilaporkan dipukul serta dikasari pihak berkuasa,” ujarnya. 

Jelasnya, pihak berkuasa turut menghalang mangsa yang ditahan daripada mendapatkan bantuan guaman. 

Fatia yang turut senada berhubung perkara itu mendakwa tiada ketelusan daripada pihak berkuasa terhadap penunjuk perasaan itu. 

“Hari ini bantuan guaman tidak boleh diakses dan tiada ketelusan terhadap individu yang ditahan. Jadi, ada yang ditangkap secara rawak dan tanpa waran tangkap,” jelasnya. 

Ibu Pejabat Polis Jawa Timur pula mengesahkan pihaknya menahan seramai 182 orang berhubung demonstrasi itu.  

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya