Lelaki Malaysia dipenjara di Australia - Utusan Malaysia

Lelaki Malaysia dipenjara di Australia

DADAH heroin diseludup ke Australia dengan disembunyikan di dalam baju dan seluar dalam seorang pramugari sebelum dibawa oleg Beng Goh - AUSTRALIAN BORDER FORCE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELBOURNE: Seorang ahli perniagaan warga negara Malaysia dijatuhkan hukuman penjara selama enam tahun di Australia kerana penglibatannya dalam sindiket dadah antarabangsa.

Lapor The Australian, Mahkamah Daerah Victoria menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Beng Goh, 40, dengan menetapkan tempoh tiga tahun tanpa parol.

Hakim, Michael Cahill tertanya-tanya tindakan ahli perniagaan yang berjaya itu sanggup merisikokan kehidupannya untuk ke Australia semata-mata bagi mengedarkan heroin.

Kata Cahill, Beng Goh dibesarkan dalam sebuah keluarga yang miskin tetapi bahagia di sebuah bandar kecil di Malaysia.

Anak kepada penjaja menjual mee itu, bekerja keras untuk melanjutkan pengajiannya ke peringkat universiti.

Beng Goh juga menjalankan perniagaan berasaskan ubat-ubatan yang memenangi anugerah dan mempunyai kira-kira 71 kakitangan bekerja dibawahnya.

Ahli keluarga, kenalan dan rakan perniagaan Beng Goh terkejut dengan berita penahanannya di Melbourne tahun lalu atas kesalahan menyeludup sejumlah besar dadah heroin, yang diakui bersalah atas tuduhan tersebut.

“Keluarga anda sangat bangga ketika anda menamatkan pengajian malah mengagumi pencapaian anda.

“Tetapi apabila berjaya, anda menjadi sombong. Anda menghabiskan banyak masa bersama rakan perniagaan untuk minum berbanding keluarga,” katanya.

Pada 8 Januari lalu, Beng Goh merancang untuk menyerahkan bungkusan dadah heroin yang bernilai lebih AUD$465,000 (RM1.38 juta) kepada seorang pembeli di luar Muzium Imigresen di pusat bandar Melbourne.

Dia sepatutnya membawa balik bersama wang berjumlah AUD$ 155,000 (RM460,098) ke Asia.

Dadah heroin itu diseludup dari Malaysia dengan disembunyikan di dalam baju dan seluar dalam pramugari bernama Zailee Zainal, dibawah arahan ketua sindiket antarabangsa Australia, Michelle Tran yang bekerjasama dengan pembekal dikenali ‘Mr Hanoi’ di Asia.

Zailee ditahan oleh Pasukan Keselamatan Sempadan Australia di Lapangan Terbang Melbourne dua hari sebelum pertemuan yang diatur, sementara Beng Goh ditangkap di luar muzium.

Zailee dan Tran masing- masing mengaku bersalah terhadap tuduhan yang dijatuhkan ke atas mereka.

Peguam bela Beng Goh memaklumkan kepada mahkamah bahawa anak guamnya hanya ‘kurier’ dalam sindiket itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya