JEDDAH: Calon jemaah yang mempunyai penyakit kronik dinasihatkan supaya menangguhkan hasrat mereka untuk menunaikan ibadah umrah bagi mengelak risiko dijangkiti wabak Covid-19. Lapor Arab News, Kementerian Kesihatan Arab Saudi memaklumkan calon jemaah yang mempunyai penyakit diabetes, tekanan darah tinggi, obesiti, sakit jantung dan hati tidak dibenarkan untuk menunaikan ibadah umrah. Jelas kementerian tersebut, calon jemaah yang pernah dimasukkan ke hospital dalam tempoh 12 bulan lalu serta wanita hamil juga tidak digalakkan untuk menunaikan umrah kali ini. Sehingga semalam, Arab Saudi merekodkan sebanyak 348 kes jangkitan Covid-19 baharu dengan 842 pesakit…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya