Ibu bapa Twifia menang wifi percuma 18 tahun - Utusan Malaysia

Ibu bapa Twifia menang wifi percuma 18 tahun

IKLAN syarikat Twifi yang menawarkan wifi percuma selama 18 tahun kepada ibu bapa yang menamakan bayi mereka sempena nama penyedia perkhidmatan internet tersebut. - TWIFI.CH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GENEVA: Sepasang suami isteri dari Switzerland sanggup menamakan bayi perempuan mereka ‘Twifia’ sempena nama sebuah syarikat penyedia perkhidmatan internet, sekali gus memenangi langganan wifi percuma selama 18 tahun.

Lapor Oddity Central, pasangan muda itu memilih untuk melakukan demikian selepas melihat iklan syarikat Twifi di laman Facebook yang menawarkan wifi percuma selama 18 tahun kepada ibu bapa.

Antara syarat tawaran tersebut, ibu bapa hanya boleh menamakan bayi mereka Twifus jika lelaki atau Twifia sekiranya perempuan sebagai pertukaran bagi perkhidmatan internet percuma itu.

Ibu bapa bayi berkenaan yang masing-masing berusia 30 dan 35 tahun itu menganggap nama Twifia tidak terlalu teruk untuk diletakkan.

Malah, kata mereka, tawaran wifi percuma 18 tahun dan  jumlah wang yang boleh dijimatkan bagi simpanan anak mereka dilihat lebih penting.

Pasangan itu kemudian memutuskan untuk menamakan Twifia sebagai nama tengah bayi perempuan mereka dan pada sijil kelahiran anaknya.

“Semakin lama saya berfikir mengenainya semakin unik nama itu kepada saya,” kata bapa bayi perempuan itu.

Dilaporkan, isteri lelaki itu pada mulanya tidak bersetuju dengan idea tersebut namun akhirnya bersetuju. 

“Ada juga banyak nama yang lebih buruk dan lebih kerap kita menyebut Twifia lebih sedap bunyinya,” kata ibu bayi itu.

Namun, pasangan itu enggan mendedahkan identiti mereka kerana mengaku malu dengan tindakan tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya