UTTAR PRADESH: Dua lelaki ditahan di sini kerana menipu seorang doktor untuk membeli ‘lampu aladdin’ yang didakwa boleh memberi kekayaan dan kesihatan yang baik. Lapor BBC, kedua-dua lelaki tersebut turut berpura-pura ‘menyeru semangat’ yang ada dalam lampu berkenaan bagi meyakinkan doktor itu untuk membelinya. Menurut polis, kedua-dua penipu tersebut meminta supaya doktor berkenaan membayar sebanyak AS$200,000 (RM830,641) namun doktor tersebut hanya membayar wang pendahuluan berjumlah AS$41,500 (RM172,364). Polis juga memaklumkan seorang wanita turut disyaki terlibat dalam penipuan tersebut dan kini diburu polis.
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya