China mahu sekat Boeing, Lockheed Martin - Utusan Malaysia

China mahu sekat Boeing, Lockheed Martin

ANGGOTA polis Taiwan bersedia menaikkan bendera negara itu semasa upacara bagi menandakan Hari Kebangsaan Taiwan di Pejabat Presiden di Taipei. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HONG KONG: Beijing akan mengenakan sekatan terhadap beberapa syarikat dari Amerika Syarikat (AS) termasuk Lockheed Martin, Boeing dan Raytheon kerana terlibat dalam penjualan senjata kepada Taiwan. 

Lapor CNN, Jurucakap Menteri Luar China, Zhao Lijian mendesak AS menghentikan penjualan senjata dan memutuskan hubungan ketenteraan dengan Taipei. 

Sekatan itu hanya menambahkan ketegangan antara AS dan China terhadap Taiwan. 

Walaupun kepulauan itu tidak pernah dikawal oleh Kerajaan China, Beijing tetap bertegas ia adalah bahagian yang tidak terpisah dari wilayahnya serta mengancam akan menggunakan kekuatan sekiranya perlu untuk mengukuhkan penguasaannya. 

“Kita akan terus mengambil langkah-langkah yang diperlukan bagi melindungi kedaulatan dan keamanan negara. 

“Penjualan senjata AS ke Taiwan serius melangar prinsip China dan merosakkan kepentingan keselamatan China,” katanya dalam sidang akhbar.

Perincian tepat mengenai sekatan itu belum diumumkan, tetapi Zhao menegaskan tindakan itu akan dikenakan terhadap individu serta entiti AS yang memainkan peranan negatif dalam penjualan senjata itu.

Dalam pada itu, Jurucakap Jabatan Negara AS, Morgan Ortagus mengutuk ancaman sekatan China itu dengan menggelar negara itu sebagai tidak produktif. 

“Kami kecewa terhadap Beijing kerana ingin membalas dendam terhadap syarikat AS berhubung penjualan itu yang sudah mematuhi syarat pertahanan diri Taiwan yang sah,” katanya. 

Lapor Channel News Asia, AS mengumumkan negara itu sudah meluluskan sebanyak AS$2.4 bilion (RM9.9 bilion) bagi menjual 100 sistem pertahanan pesisir Harpoon ke Taiwan. 

Langkah itu hanya menimbulkan kemarahan Beijing berikutan perjanjian peluru berpandu Washington bernilai AS$1 bilion minggu lalu dengan Taiwan. 

Penjualan sistem Harpoon yang dicadangkan itu dapat membantu meningkatkan keselamatan negara penerima dan membantu menjaga kestabilan politik, keseimbangan ketenteraan dan kemajuan di rantau itu. 

Perjanjian jual beli itu turut merangkumi peluru berpandu permukaan 400 RGM-84L-4 Harpoon BLOCK II

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya