JAKARTA: Majalah satira Perancis, Charlie Hebdo bertindak biadab apabila melukis karikatur lucah Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan. Lapor CNN Indonesia, lukisan karikatur yang menjadi penghias muka depan majalah tersebut dan diterbitkan semalam itu memaparkan Recep Tayyip memakai baju dan seluar pendek dengan tangan kirinya mengangkat baju wanita berhijab sehingga kelihatan punggungnya. Karikatur itu memaparkan dialog ‘Oh, Nabi! sementara judulnya menyiarkan ‘Erdogan: Semasa bersendirian, dia sangat lucu’. Turki menyelar tindakan itu dan menyifatkan sebagai penyebar rasisme dan kebencian. “Kami mengutuk perbuatan paling menjijikkan daripada penerbitan itu yang menyebarkan rasisme dan kebencian…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya