WASHINGTON: Goldman Sachs bersetuju membayar AS$2.9 billion (RM12.02 billion) bagi mengakhiri siasatan berhubung peranannya dalam skandal rasuah
1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Lapor BBC, Bank Pelaburan Global itu mengaku di Mahkamah Amerika Syarikat (AS) yang pihaknya perlu membayar lebih AS$1 billion bagi tujuan
merasuah untuk memenangi kerja mengumpulkan wang bagi menjaga kepentingan kekayaan milik Malaysia.
Pihak berkuasa AS menjelaskan penyelesaian itu mencerminkan peranan pusat Goldman dalam skandal rasuah terbesar itu.