Pakistan dalam senarai pemantauan pembiayaan keganasan - Utusan Malaysia

Pakistan dalam senarai pemantauan pembiayaan keganasan

IMRAN KHAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISLAMABAD: Pakistan akan terus berada dalam senarai pemantauan pembiayaan keganasan sehingga negara itu melaksanakan sepenuhnya set garis panduan pencegahan yang ditetapkan dalam usaha memerangi keganasan.    

Lapor Al Jazeera, Pasukan Petugas Bertindak Kewangan (FATF) memuji prestasi Pakistan yang sudah mencapai 21 daripada jumlah 27 cadangan namun berpandangan cadangan selebihnya juga harus dilaksanakan. 

“Kerajaan Pakistan dilihat komited dalam menyiapkan seluruh pelan tindakan tersebut. Namun, ia amat jelas walaupun Pakistan ada menunjukkan kemajuan, negara itu masih perlu melakukan lebih banyak lagi.

“Pakistan tidak boleh berhenti sekarang malah negara itu perlu terus melakukan pembaharuan khususnya melaksanakan sekatan kewangan serta mendakwa dan menyekat pihak yang membiayai keganasan,” kata Presiden FATF, Dr. Marcus Pleyer.   

Beliau berkata demikian dalam satu mesyuarat di Paris yang membincangkan mengenai sistem kewangan global termasuk pembiayaan keganasan yang disiarkan secara langsung.

Februari lalu, Pakistan memperoleh empat bulan tempoh tambahan untuk melengkapkan pelan itu setelah dilaporkan terlepas 13 daripada jumlah 27 sasaran yang ditetapkan oleh FATF pada 2018 apabila agensi itu meletakkan negara itu dalam `senarai kelabu’.  

Tempoh itu kemudian dilanjutkan lagi disebabkan pandemik Covid-19.  

Senarai kelabu itu merangkumi negara-negara yang kawalannya terhadap pembiayaan keganasan dianggap tidak mencukupi. 

Kumpulan Asia Pasifik, sebuah agensi bergabung dengan badan pemantau itu, juga mengesyorkan agar Pakistan kekal berada dalam senarai kelabu itu kerana mempunyai pembiayaan keganasan yang tidak dapat dikesan.   

Pakistan berada dalam senarai hitam FATF selama bertahun-tahun sebelum dikeluarkan pada 2015 selepas dilaporkan mencapai kemajuan besar dalam memerangi pembiayaan keganasan.

Pada masa ini, hanya Iran dan Korea Utara berada dalam senarai hitam berkenaan.

Dilaporkan, Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan berdepan dengan beberapa tekanan termasuk mengatasi ancaman kumpulan bersenjata, langkah berjimat cermat untuk memulihkan ekonomi negara dan mematuhi syarat pelan menyelamatkan (bailout) oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya