1.2j penduduk dunia maut akibat bencana - Utusan Malaysia

1.2j penduduk dunia maut akibat bencana

SEBANYAK 1.2 juta penduduk terbunuh dalam bencana alam sejak tahun 2000. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Jumlah bencana alam yang berlaku di seluruh dunia dilaporkan meningkat dua kali ganda sejak 10 tahun lalu yang berpunca daripada fenomena perubahan iklim.

Lapor Daily Mail, Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pengurangan Risiko Bencana memaklumkan sebanyak 1.2 juta penduduk terkorban dalam bencana alam sejak tahun 2000.

Menurut pertubuhan itu, sebanyak 7,348 bencana termasuk gempa bumi, tsunami dan kemarau berlaku di seluruh dunia dan menyebabkan kerugian hampir AS$3 trilion (RM12.46 trilion) iaitu jumlahnya hampir dua kali ganda berbanding 20 tahun lalu.

Pakar turut berpandanga fenomena perubahan iklim mengubah dunia menjadi ‘neraka yang tidak dapat dihuni’.

Wakil khas Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa (PBB) Bagi Pengurangan Risiko Bencana, Mami Mizutori berkata, satu-satunya kesimpulan yang dapat dilakukan adalah penduduk sengaja memusnahkan dunia.

“Pandemik Covid-19 menjadi bukti terbaharu untuk menunjukkan pemimpin politik dan ahli perniagaan gagal menyesuaikan diri dengan persekitaran dunia,” katanya.

China dan Amerika Syarikat (AS) merekodkan jumlah bencana alam tertinggi dengan masing-masing sebanyak 577 dan 467 dari tempoh 2000 hingga 2019.

Kedudukan itu diikuti oleh India yang mencatatkan sebanyak 321 bencana alam.

Lapan daripada 10 negara yang menyaksikan bencana alam tertinggi adalah di Asia.

Jumlah banjir besar yang berlaku dilaporkan meningkat dua kali ganda iaitu sebanyak 3,254 manakala bencana kemarau, kebakaran hutan dan kejadian suhu melampau turut melanda.

Antara bencana alam terbesar berlaku dalam tempoh 20 tahun lalu adalah tsunami yang menggegarkan Indonesia dan beberapa negara pada 2004 selain gempa bumi di Kahsmir 2005 dan gempa bumi Haiti 2010.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya