Pemilik Chelsea sumbang dana peneroka haram Yahudi - Utusan Malaysia

Pemilik Chelsea sumbang dana peneroka haram Yahudi

ROMAN ABRAMOVICH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Syarikat dikendalikan Roman Abramovich, pemilik kelab bola sepak Chelsea, didakwa menyumbangkan lebih AS$100 juta (RM413 juta) kepada sebuah pertubuhan Yahudi di Baitulmuqaddis Timur, Elad.

Pertubuhan peneroka Yahudi tersebut menjalankan aktiviti haram menurut undang-undang antarabangsa di wilayah yang dijajah rejim Zionis itu.

Arab News melaporkan, maklumat tersebut didedahkan melalui FinCEN Files mengenai maklumat kewangan rahsia bank dunia mengenai beberapa syarikat.

Dana sumbangan itu digunakan Elad untuk membeli rumah-rumah milik penduduk Palestin di Silwan dan mengukuhkan kehadiran peneroka haram Yahudi di situ.

Sumbangan turut digunakan bagi membiayai kempen pengusiran penduduk Palestin di kawasan itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya