KUWAIT CITY: Pemerintah Kuwait, Sheikh Sabah al-Ahmad Al-Sabah meninggal dunia semalam pada usia 91 tahun.
Media tempatan melaporkan, kerajaan Kuwait menamakan adik tirinya berusia 83 tahun, Putera Mahkota Sheikh Nawaf al-Ahmad Al-Sabah, sebagai pewaris.
Sheikh Sabah sebelum ini berlepas ke Amerika Syarikat pada 23 Julai lalu bagi menerima rawatan susulan pembedahan yang dilakukan baru-baru ini.