WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump hanya membayar cukai pendapatan persekutuan sebanyak AS$750 (RM3,130) pada 2016 iaitu tahun beliau memenangi pilihan raya presiden.
BBC melaporkan, Trump hanya membayar cukai pada tahun pertama berkhidmat di White House dan langsung tidak melunaskan tanggungjawab itu dalam tempoh 10 daripada 15 tahun lalu kerana mengalami kerugian lebih banyak berbanding keuntungan.
Namun, Trump menyifatkan laporan itu sebagai palsu dan menegaskan beliau membayar cukai.
“Sebebanrnya, saya bayar cukai. Anda akan lihat perkara itu tidak lama lagi kerana cukai itu masih dalam proses audit yang lama.
“Agensi Keuntungan Dalaman (IRS) tidak melayan saya dengan baik, mereka layan saya sangat buruk,” katanya.
Trump kini berdepan dengan tindakan undang-undang kerana enggan mendedahkan dokumen berhubung nilai kekayaannya.
Beliau merupakan presiden pertama yang tidak mendedahkan status kewangan peribadinya sejak 1970-an.
Laporan itu didedahkan beberapa hari sebelum sesi debat Trump dengan pesaingnya Joe Biden bermula.