Covid-19: Kerjasama dunia gagal - Utusan Malaysia

Covid-19: Kerjasama dunia gagal

PETUGAS menyembur cecair nyah kuman pada keranda pesakit Covid-19 di Piura, Peru. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: “Saya berasa sangat bimbang.”

Demikian ditegaskan Setia­usaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres mengenai cara negara-negara dunia menangani penularan Covid-19.

Menurutnya, jika krisis iklim ditangani dengan ‘cara huru-hara’ dan diguna pakai dalam usaha mengekang Covid-19, perkara itu bakal memburukkan keadaan.

Beliau menyifatkan Covid-19 sebagai tidak terkawal dengan angka korban hampir mencecah satu juta dan lebih 30 juta di­jangkiti virus tersebut.

Channel News Asia melaporkan, Guterres menyalahkan keadaan itu kepada ‘tahap persediaan, kerjasama, kesatuan dan perpaduan yang lemah’ di peringkat global.

“Pandemik itu adalah ujian yang jelas terhadap kerjasama antarabangsa. Ujian yang pada dasarnya kita gagal,” katanya kepada Majlis Keselamatan PBB (UNSC) di sini.

Kenyataan Guterres itu menyebabkan anggota UNSC khususnya Amerika Syarikat (AS), China dan Rusia berbalah me­ngenai tadbir urus global pasca Covid-19.

Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov dan rakan sejawatannya dari China, Wang Yi membidas AS ketika Duta AS ke UNSC, Kelly Craft menyalahkan kedua-dua negara dengan menjawab: “Kalian amat memalukan.”

Tanpa menyebut nama mana-mana negara, Lavrov berkata, Covid-19 semakin melebarkan jurang antara negara terlibat.

“Ada percubaan dari setiap negara menggunakan kea­daan semasa untuk memajukan kepentingan sempit mereka,” katanya.

Ketegangan memuncak antara AS dan China akibat pandemik itu yang turut menampakkan usaha Beijing memperoleh pengaruh lebih besar bagi mencabar kepimpinan Washington.

Wang Yi menggesa anggota UNSC supaya memberikan kerjasama kepada usaha bersama mengekang Covid-19.

 

CUKUP-CUKUPLAH

Terdahulu, Beijing menyelar AS susulan kritikan berterusan dilontarkan mengenai Covid-19.

Presiden Donald Trump sebelum ini menyerang China dan menyebut virus berkenaan sebagai ‘virus China’ dan mendesak PBB supaya China dipertanggungjawabkan atas penularan Covid-19.

“Cukup-cukuplah,” tegas Duta China ke PBB, Zhang Jun merujuk kepada serangan AS tersebut.

Beliau seterusnya melabelkan AS telah mencetuskan ba­nyak masalah kepada dunia.

“AS merekodkan lebih tujuh juta kes dan lebih 200,000 kematian. Dengan sistem dan teknologi perubatan paling maju di dunia, mengapa AS masih mencatatkan kematian dan kes tertinggi?” soalnya. – AFP/AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya