Bunuh diri di Thailand meningkat 22% - Utusan Malaysia

Bunuh diri di Thailand meningkat 22%

KADAR bunuh diri di Thailand meningkat ekoran tekanan akibat Covid-19. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Jabatan Kesihatan Mental Thailand menjalin kerjasama dengan polis dan personaliti media sosial bagi membantu golongan yang cenderung mencederakan diri selepas kadar bunuh diri me­ningkat 22 peratus dalam tempoh enam bulan ini.

Thai PBS World melaporkan, ketua pengarah jabatan tersebut, Dr. Kiartipoom Wongrachit berkata, peningkatan kadar bunuh diri di negara ini sema­kin membimbangkan dan menjadi antara tumpuan utama.

Katanya, sebanyak 2,552 kes bunuh diri atau 3.89 dari setiap 100,000 populasi di negara ini dilaporkan dalam tempoh enam bulan pertama sejak pandemik Covid-19 melanda berbanding hanya 2,092 kes bagi tempoh sama tahun lalu.

Kiartipoom berkata, terdapat peningkatan tanda-tanda risiko bunuh diri dalam media sosial seperti ucapan selamat tinggal atau rancangan untuk mencederakan diri.

“Golongan itu amat memerlukan bantuan segera biarpun sukar untuk kami mengenal pasti atau menghubungi mereka.

“Sehubungan itu, kami be­kerjasama dengan polis termasuk personaliti media sosial untuk membantu golo­ngan berisiko. Talian 1323 juga diwujudkan bagi menyediakan perkhidmatan kaunseling mereka yang memerlukan,” katanya.

Jurucakap polis, Jirapob Phuridet berkata, pihaknya merekrut anggota untuk membantu golongan berisiko daripada membunuh diri.

Hal itu termasuk mengenal pasti individu yang me­rancang membunuh diri jika mereka memuat naik mesej atau status dalam Facebook serta media sosial lain.

Dalam pada itu, jabatan tersebut menjelaskan masalah peribadi, depresi, tekanan ekonomi dan pengaruh alkohol merupakan antara faktor mendorong kes bunuh diri.

Peningkatan kadar bunuh diri pada tahun ini menunjukkan situasi sama pernah berlaku dalam krisis kewangan Thailand 1997.

Kadar bunuh diri selepas krisis 1997 meningkat antara 20 hingga 30 peratus.

Kajian Universiti Oxford mengenai kesan Covid-19 terhadap kadar bunuh diri mendapati, tekanan akibat pandemik itu menjadi antara faktor pendorong.

Kajian itu turut memberi amaran masalah mungkin menjadi lebih teruk selepas pandemik berakhir.

Bulan lalu, seorang lelaki meminta nelayan merakam videonya terjun dari jambatan di daerah Kabin Buri untuk bunuh diri.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya