Beza antara kebebasan suara - Utusan Malaysia

Beza antara kebebasan suara

JACINDA Ardern merasmikan plak peringatan mereka yang terkorban dalam serangan keganasan di Masjid Al Noor, Christchurch. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CHRISTCHURCH: “In memory of the 51 Shuhadah who lost their lives (Mengenang 51 orang yang mati syahid).”

Demikian tulisan tertera pada plak peringatan mangsa yang terbunuh dalam serangan pengganas kulit putih di dua masjid, Mac tahun lalu, yang diletakkan di depan Masjid Al Noor dekat sini.

Plak tersebut dirasmikan Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern yang tampil anggun mengenakan selendang dan turut dihadiri imam, Gamal Fouda serta beberapa ahli keluarga mangsa.

Lapor portal Stuff, Jacinda sebelum ini menyifatkan sera­ngan Christchurch sebagai peris­tiwa hitam dalam sejarah New Zealand yang meremukkan hati penduduk Islam dan bukan Islam seluruh dunia.

Gamal ketika ditemui menyifatkan serangan keganasan itu sebagai ‘masa yang paling sukar ditempuhi dalam kehidupan semua’.

“Tiada sesiapa menjangkakan kejadian itu akan berlaku. Kami semua menganggap New Zealand negara selamat,” katanya.

Gamal turut menggesa undang-undang khusus diwujudkan bagi membezakan antara kebebasan bersuara dan ucapan berbentuk kebencian.

“Adakah dengan membakar al-Quran atau kitab suci, tindakan itu digelar kebebasan bersuara? Kebebasan bersuara bukanlah ucapan berunsur kebencian,” katanya.

Terdahulu Jacinda berkata, dalam kehidupan New Zealand modern, tiada siapa dibenarkan melakukan diskriminasi hanya kerana pegangan agama masing-masing.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya