Agihan makanan melonjak 50% - Utusan Malaysia

Agihan makanan melonjak 50%

ORANG ramai membeli sayur dan buah-buahan di pasar di Singapura. Laporan Kelaparan 2019 menunjukkan ada dalam kalangan penduduk hanya makan sekali dalam sehari dan menerima bantuan agihan makanan. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Jumlah keluarga yang menerima bantuan daripada program pengagihan makanan melalui beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dilaporkan melonjak 50 peratus sepanjang tempoh sembilan bulan ini.

Perkara itu didedahkan Food From the Heart dengan sekitar 6,000 keluarga menerima bantuan itu pada Januari kini me­lonjak kepada 9,000 keluarga.

Food Bank Singapore, sebuah lagi badan amal yang turut me­lakukan pengagihan makanan memberitahu Berita Mediacorp, sepanjang tempoh pemutus rantaian jangkitan selama dua bulan dari April hingga Mei, 560 tan makanan telah diagihkan.

Jumlah itu lebih separuh daripada 802 tan makanan yang diagihkan sepanjang tahun lalu.

Badan-badan kebajikan itu menarik perhatian kepada golongan ‘miskin baru’ yang muncul disebabkan keadaan ekonomi yang terjejas teruk akibat pandemik Covid-19.

Laporan Kelaparan 2019 me­nunjukkan, satu daripada setiap 10 keluarga rakyat Singapura tidak makan secukupnya untuk terus kekal sihat dan ada juga yang hanya makan sekali dalam sehari.

Laporan yang diterbitkan sekumpulan penyelidik Pusat Lien bagi Inovasi Sosial di Universiti Pengurusan Singapura (SMU) juga menunjukkan, hanya sekitar dua daripada 10 individu yang turut terjerumus dalam keadaan sedemikian menerima bantuan seumpama itu.

Kes-kes itu diklasifikasikan sebagai individu yang berdepan isu jaminan makanan atau keluarga dan individu yang tidak mempunyai makanan secukup­nya disebabkan kedudukan kewangan atau sumber-sumber lain yang terhad.

Laporan itu turut mendapati, sebab utama di sebalik makanan yang tidak cukup juga dikaitkan dengan kesempitan wang dan hilang mata pencarian.

Dalam maklum balas terhadap dapatan kajian tersebut, Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga berkata, pihaknya akan terus bekerjasama dengan pelbagai agensi bagi menangani isu jaminan makanan di negara ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya