320,000 kondom terpakai dirampas - Utusan Malaysia

320,000 kondom terpakai dirampas

KONDOM terpakai dirampas di sebuah gudang dekat Binh Duong, Vietnam. – AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HANOI: Pihak berkuasa Vietnam merampas lebih 320,000 kondom terpakai yang dikitar semula untuk dijual kepada pelanggan.

BBC melaporkan, kegiatan menjijikkan itu terbongkar ketika serbuan di gudang dekat wilayah Binh Duong.

Menurut pihak berkuasa, ratusan ribu kondom tersebut di­bersihkan dan dibungkus semula supaya kelihatan baharu.

Seorang wanita yang dipercayai pemilik gudang berkenaan ditahan.

Wanita itu memberitahu, dia dibayar AS$0.17 (RM0.70) bagi satu kilogram kondom terpakai yang dikumpul untuk dikitar semula.

Pihak berkuasa juga mene­mukan ribuan kotak kondom yang dibungkus semula dan sedia untuk dijual, tanpa menggunakan sebarang jenama.

Suspek turut berkata, kondom berkenaan akan dicuci, dikeringkan dan menjalani proses pembentukan semula sebelum dibungkus dan dijual.

Pihak berkuasa masih menyi­asat jumlah kondom terpakai yang telah dijual di pasaran.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya