13 keranda 2,500 tahun ditemukan - Utusan Malaysia

13 keranda 2,500 tahun ditemukan

KERANDA yang ditemukan di tapak arkeologi di Saqqara, Mesir. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAHERAH: Mesir mengumumkan penemuan koleksi lebih 13 keranda dipercayai berusia 2,500 tahun.

Agensi berita Xinhua melaporkan, kesemua keranda tersebut dalam keadaan baik dan ditemukan di tapak arkeo­logi di Saqqara dekat Giza.

Menteri Pelancongan dan Antikuiti Mesir, Khaled al-Anany berkata, artifak berkenaan ditemukan dalam satu lubang pada kedalaman 11 meter.

“Penemuan itu secara tidak langsung menjadi penemuan keranda paling banyak dalam satu tempat yang pernah direkodkan selepas Keranda Asasif.

“Keadaan keranda yang ditemukan juga masih baik dengan warna dan kayunya tidak terjejas biarpun sudah berusia 2,500 tahun,” katanya ketika melawat lokasi penemuan artifak itu bersama Setiausaha Agung Majlis Tertinggi Antikuiti (SCA), Mos­tafa Waziri.

Selain itu, Mostafa berkata, pihak berkuasa masih belum mengenal pasti berapa jumlah keranda yang bakal ditemukan memandangkan kerja-kerja penggalian masih dilakukan.

Katanya, proses itu akan diteruskan dan mungkin me­nyaksikan beberapa lagi pe­nemuan baharu.

Penelitian awal mendedahkan kesemua keranda tersebut ditutup sepenuhnya dan tidak pernah dibuka sejak berada dalam lubang berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya