Yair Netanyahu ‘ditegur keras’ mahkamah - Utusan Malaysia

Yair Netanyahu ‘ditegur keras’ mahkamah

YAIR Netanyahu diarah mahkamah supaya ‘berhenti mengganggu beberapa individu yang didakwa mencetuskan tunjuk perasaan menentang bapanya’. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS: Mahkamah mengarahkan anak lelaki Benjamin Netanyahu supaya ‘berhenti mengganggu beberapa individu yang didakwa mencetuskan tunjuk perasaan menentang bapanya’.

Yair Netanyahu didakwa menggunakan akaun Twitternya untuk memuat naik sejumlah ciapan dengan niat mengugut atau mengancam pihak-pihak tertentu.

Hakim Mahkamah Baitulmuqaddis, Dorit Feinstein turut mengarahkan anak lelaki Perdana Menteri Israel itu supaya memadam semua ciapan yang dimuat naik dan tidak mengganggu pihak-pihak berkaitan selama enam bulan.

Tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut, pemuda berusia 29 tahun itu menyatakan Feinstein ‘mengabaikan semua bukti’ yang dikemukakan peguam­nya termasuk ugutan yang diterimanya daripada kumpulan ketua penunjuk perasaan.

Disifatkan sebagai ‘penyokong kuat bapanya’, Yair mula mencetuskan kontroversi pada 2018 apabila videonya dalam kea­daan mabuk di luar kelab malam sambil bercakap soal perjanjian gas yang berjaya dimeterai Israel didedahkan.

Pemuda itu juga baru-baru ini mendedahkan mengenai satu konspirasi yang dirancang oleh pihak tertentu untuk menjatuhkan keluarganya menerusi Facebook.

Dalam pada itu, media Israel menganggarkan kira-kira 10,000 penunjuk perasaan memenuhi kawasan Tel Aviv dan Baitulmuqaddis dalam beberapa minggu lalu sebagai bantahan terhadap cara Netanyahu menguruskan krisis pandemik Covid-19 dan ada antara mereka mendesak beliau meletak jawatan.

Laporan itu mendapat perhatian Netanyahu yang menyelar media sebagai ‘menggalakkan tunjuk perasaan’ berbanding meredakan keadaan.

Katanya, media Israel bersikap tidak telus, seimbang dan memberi sokongan berlebihan kepada penunjuk perasaan berhaluan kiri. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya